Bahan Bantu Mengajar

LAGU SIMPULAN BAHASA

Ambil berat , ambil tahu
Ambil tahu tentang sesuatu

Campur tangan , masuk campur
Masuk campur sesuatu urusan

Hidung tinggi bersikap sombong
Keras hati sangat degil

Ringan mulut suka bercakap
Muka tembok tak tahu malu

Cari jalan cari cara selesaikan masalah
Buah tangan sebagai hadiah
Ada bakat berkebolehan

Ambil hati berasa kecewa
Terhadap kata seseorang

Ada hati ada kemahuan
Murah hati suka beri bantuan

Tanda hati hadiah kenangan
Besar hati berasa bangga terhadap pertolongan



 



Kasih Seorang Bapa

            Cerpen “Rezeki di Laut” yang saya baca dalam Majalah Dewan Perdana itu menceritakan kegigihan Pak Seman membesarkan anak-anaknya dengan titik peluhnya sendiri.Isteri Pak Seman, Mak Maimun meninggal dunia selepas beberapa bulan melahirkan anak mereka yang kelima.
          Pak Seman seorang yang buta huruf.Dia tidak boleh membaca kerana dia tidak bersekolah.Dia banyak bergantung pada laut untuk mencari rezeki.Meskipun terpaksa bergelut dengan pukulan ombak dan terik mentari, dia tetap tabah menjalani liku-liku hidup.Hasil tangkapan yang diperoleh pada setiap hari tidak seberapa.Adakalanya cuma cukup makan.
          Pak Seman berasa susah hati kerana terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah tanpa pengawasan orang dewasa.Dalam masa yang sama, dia perlu turun ke laut untuk mencari sesuap nasi.Mujurlah anaknya yang sulung, iaitu Ainon sudah boleh diharapkan untuk menjaga adik-adiknya.Jiran Pak Seman, iaitu Puan Zaleha pula sering menjenguk anak-anaknya semasa ketiadaan Pak Seman.
          Pak Seman amat mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya.Hanya dengan pelajaran,nasib anak-anaknya akan berubah.Dia tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai nealyan kelak.Dia mahu mereka berjaya dalam hidup masing-masing.
          Pak Seman berasa bertuah kerana anak-anaknya faham akan kesusahan yang dihadapi olehnya.Mereka jarang-jarang meminta sesuatu yang di luar kemampuan Pak Seman.
          Cerpen yang saya baca itu berakhir dengan kejayaan anak-anak Pak Seman melanjutkan pelajaran ke menara gading.Kejayaan mereka adalah hasil daripada dorongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Pak Seman.



Kad Gambar Simpulan Bahasa


 buruk siku

mata duitan

lidah bercabang

 kaki ayam

ulat buku 
                     
                               



2 ulasan:

  1. tahniah, bahan bantu yang sangat membantu. terima kasih untuk perkongsian.

    BalasPadam