Isnin, 9 April 2012

SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA

v Bentuk peribahasa yang paling mudah dan ringkas.

v Merupakan ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua hingga tiga patah perkataan.

v Maksud perkataan berlainan sama sekali daripada maksud asal perkataan yang diungkapkan.

v Digunakan sebagai kiasan, teladan, pengaajaran, atau sindiran dalam ucapan atau penulisan.

v Boleh menjadi perumpamaan apabila ditambah dengan perkataan seperti laksana, bak, macam, bagai, seolah-olah, umpama, ibarat, dan seperti di depan simpulan bahasa tersebut.Contoh : macam lintah darat, bagai kacang hantu, seperti anjing dengan kucing.

v Boleh menjadi bidalan apabila di dahului oleh perkataan jangan.

Contoh : jangan berputih mata , jangan berkecil hati.


2 ulasan:

  1. Syabas, Cikgu Asfizah kerana berjaya membina blog sendiri! Ulasan cikgu tentang peribahasa Melayu secara panjang lebar telah menambahkan pemahaman saya tentang tajuk ini dengan lebih mendalam lagi. Peribahasa sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cerita yang menarik mengikut kreativiti cikgu agar dapat menimbulkan dan mengekalkan minat murid untuk terus mengikut pengajaran kita.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Cikgu Ho Choi Ken.Semoga apa yang saya cuba berikan akan dapat memberi manfaat untuk yang membacanya.

    BalasPadam