Indahnya Peribahasa



PEDOMAN PERIBAHASA
1.     Peribahasa merupakan susunan perkataan pendek yang mempunyai maksud tertentu.
2.     Peribahasa digunakan untuk memberi pengajaran atau teguran dengan cara yang sopan serta halus.
3.     Peribahasa terbahagi kepada dua bentuk iaitu :
(a)  Peribahasa yang mempunyai maksud tersurat seperti simpulan bahasa, bidalan, pepatah, bandingan semacam, dan kata-kata yang mempunyai erti sebagaimana dinyatakan , iaitu apa-apa yang dikatakan, itulah maksudnya.
Contoh :
·        Keras hati (simpulan bahasa)
·        Biar lambat asalkan selamat (bidalan)
·        Masa itu emas (kata-kata hikmat)
(b) Peribahasa yang mempunyai erti tersirat, contohnya perumpamaan.Dalam peribahasa ini, makna kata-kata yang disebutkan berlainan daripada perkataan itu sendiri.
Contoh :
·        Seperti si kudung mendapat cincin (perumpamaan)

4 ulasan:

  1. Bukan sahaja Indahnya Peribahasa, malah Indahnya laman blog ini.....sarat dengan info yang boleh dikongsi bersama. Tahniah cikgu.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Mira.Semoga kita sama-sama dapat menggunakan sebaik-baiknya.

    BalasPadam
  3. ADA BENDA SEBARANG BENDA
    ADA AKAR ADA DAUN
    ADA BENTUK BERWARNA PULA
    ADA BATANG BERMACAM RUPA
    ADA BUNGA BERBISA PULA
    APAKAH IA?
    JAWAPAN : 3 PATAH PERKATAAN BERMULA DENGAN HURUF P, ayat di tegah HURUF (GA) TERAKHIR HURUF (N) JAWAPAN NYA?

    BalasPadam
  4. Terbaik, memudahkan guru2 membuat rujukan

    BalasPadam