Pepatah













PEPATAH

1.     Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.
2.     Peribahasa ini berisi nasihat, pengajaran, dan panduan hidup.
3.     Lazimnya, pepatah berbentuk susunan berangkap dan terdapat perulangan kata untuk penegasan atau unsure-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.
4.     Pepatah juga dapat memberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada si pengucap atau orang lain yang mendengar ungkapan pepatah tersebut.

CONTOH PEPATAH

1.     ada gula, ada semut –
di mana ada rezeki banyak, di situ banyak orang.

2.     ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras –
jika ada wang, sesuatu pekerjaan itu akan mudah selesai.

3.     air sama air, sampah ke tepi juga –
seseorang yang campur tangan dalam pergaduhan antara adik-beradik, akhirnya akan diketepikan apabila adik-beradik itu berbaik semula.

4.     ada ubi ada batas, ada budi boleh balas –
semua perbuatan baik atau jahat pasti ada balasannya.

5.     alah bisa tegal biasa –
pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.

6.     alah membeli, menang memakai –
biar mahal asalkan tahan lama

7.     alah sabung menang sorak –
walaupun kalah tapi masih berlagak.

8.     anak di pangkuan dilepaskan, kera di hutan disusui –
mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.

9.     angguk bukan, geleng ya –
di mulut lain, di hati lain.

10. ayam terlepas, tangan bau tahi –
ingin mendapatkan untung yang banyak tetapi akhirnya menanggung kerugian atau malu.

11. bagaimana acuan begitulah kuihnya –
perangai anak biasanya menyamai perangai ibu bapanya.

12. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang –
walaupun ada kelebihan diri tetapi tidak sombong.

13. banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam –
tiap-tiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan yang berlainan

14. belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah dating –
orang yang arif dan rajin.

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian –
menikmati kesenangan selepas bersusah payah.

16. berani kerana benar, takut kerana salah –
orang yang bersalah tidak akan bersifat berani

17. berat  mata memandang, berat lagi bahu memikul –
hanya orang yang mengalami penderitaan itu yang tahu akan
kesusahan sebenar.

18. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing –
bekerjasama

19. bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar –
berhati-hati ketika berkata-kata

20. berdiri sma tinggi, duduk sama rendah –
setaraf ; sama padan.

21. bukan salah ibu mengandung –
mendapat malang disebabkan perbuatan sendiri

22. cepat kaki, ringan tangan –
cekap membuat kerja dan suka menolong.

23. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga –
pertengkaran antara adik-beradik biasanya akan berbaik semula.

24. buang yang keruh, ambil yang jernih –
berdamai dan melupakan perselisihan yang berlaku.

25. cubit paha kanan, paha kiri terasa juga –
apabila seseorang yang amat rapat dengan kita teraniaya, kita turut merasai.

12 ulasan:

  1. KAN BAGUS KALAU DA 50 PEPATAH NI..SENANG SIKIT NAK SIAPKAN HOMEWORK

    BalasPadam
  2. Bagus jugak pepatah ni semua untuk buat homework

    BalasPadam
  3. Terima Kasih kerana memudahkan kerja saya.

    BalasPadam
  4. Contoh pengajaran cubit paha kanan, paha kiri terasa juga

    BalasPadam
  5. haihh....tak cukup lah pepatah ni...kenapa bukan 250?

    BalasPadam
  6. emm nasib cikgu bgi homework 20 ja jdi ckup lah yg sy tngok kat sni

    BalasPadam
  7. terima ksih cikgu sy bngga sma cikgu😓

    BalasPadam
  8. Bagus jugaklah sebab saya sedang cari maksud pepatah...

    BalasPadam